Doraemon


Doraemon adalah karekter manga popular di Jepun ciptaan artis Fujiko F.Fujiotelah wujud sejak 1970. Ianya berkisar tentang sebuah robot kucing ke 22, Doraemon, datang ke masa sekarang untuk membantu Nobita, seorang budak pemalas yang mana pada masa depan ketrurunannya akan menderita dari segi kewangan di masa depan diakibatkan oleh kejahilan Nobita.
Cerita Doraemon pertama kali muncul pada januari 1970 dan ditelah diterbitkan dalam 6  majalah berbeza secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi yang telah menjangkau 45 jilid.

Cerita2 tersebut telah dikumpul dan disimpan di Perpustakaan Pusat Takaoka, Toyama, Jepun yang merupakan bandar kelahiran Fujiko. Pada 1997, Doraemon dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah.




SUMBER:  www.wikipedia.org

Comments

Popular Posts