Kebersihan dari kecik

Aku bengang betul bila ada orang sambil memandu buang sampah keluar dari tingkap. Tak kirala dari pemandu ke atau dari penumpang...bagi aku dah macam tak bertamadun je. Kereta boleh beli..tau bawak..tau jaga tapi kebersihan FAIL!.

Kadang2 tu anak2 pun selamba je buang tanpa kita nak tegur...janganla macam tu. Kebersihan tu kena mula dari kecik lagi. Ajar diorang buang ditempat yang betul..dalam letakla tong sampah kecik...kat kedai serbaneka ada je tak mahal pun. Lepas berhenti mana2 nanti kosongkanla tong tu...mudahkan.

Nampak LEGO besar ni.

Ni bukan mainan pun tapi hasil rekaan pasukan LEGO berfungsi sebagai tong sampah. Direka dalam warna dan saiz berbeza...tujuannya satu je untuk menarik perhatian khususnya kanak2 belajar menjaga kebersihan. Direka seperti tong kitar semula dengan warna berbeza agar bila budak2 ni buang sampah biar ikut kategorinya. Yang hijau dan biru, khas untuk botol2 dan gelas...manakala kuning dan putih, untuk kertas dan plastik.


Menarik kan..bagi akula, tak taula korang apa rasa. Sesuai untuk kita ajar anak2 yang kebersihan tu bagus untuk persekitaran...jangan dah besar baru nak suruh...nasibla nak ikut.

Sesungguhnya dalam agama pun suruh kita jaga kebersihan.

Comments

Popular Posts