Aku tak faham

Salam sejahtera. Pagi ni tadi masa hantar wife pegi keja aku dengarla radio...ada lagu2 best layan. Bertambah bosan plak dengar bercampur bengang. Pagi2 orang nak pergi keja hidangkan isu2 yang bagi aku tak relevan langsung. Dalam erti kata lain tak membina minda. Mungkin ada kot kauorang dengar dan suka..takpa tu pilihan sendiri tapi aku rasa merapu.

Okla ada orang yang cakap pagi2 ni nak rilekla...layan je topik kira santai bagi semangat keja. Serius?. Lepas dengar macam tu kita boleh mulakan keja kaw2 semangat?. Biar betik ni. Topik perbincangan...'satu perhubungan terputus, sapa yang harus disalahkan...lelaki atau perempuan'...topik ni buat aku semangat?. Baik pasang je lagu.

Napala topik2 macam ni timbul lagi...kemudian orang ramai2 pun smsla, tweetla, fb la, call la bagi pendapat. Yang lelaki salahkan perempuan dan begitu sebaliknya...ada juga yang mengaku salah sendiri. Pendek kata masing2 beri pendapat dengan diselang seli DJnya cakap2 gelak....apa yang lawak sangat. Dah macam rancangan syok sendiri je. Aku tak nampak tujuan perbincangan...apa yang jelas macam nak cari salah jela. Last2 suruh kita fikir sendiri apa kes?.

Aku bukannya anti radio tu atau DJ2nya, cuma tak setuju bila bab2 macam ni. Banyak lagi topik boleh dibincangkan kalau betul2 nak santai. Kenapa masih disogok benda2 macam ni. Bangsa lain sibuk bincang hal kemasyarakatan, ekonomi negara dan dunia, cara nak tingkatkan diri...kita masih pasal cinta cintun.

Apala...dah putus, terima dengan redha, teruskan hidup, senang cerita...napa nak cari salah sapa. Ada hikmah la tu...nak buat bancian ke?. Aku tau kita kena ada hiburan, terima je dengan fikiran terbuka...tapi perlu ke hiburan macam ni...atau ni dikira hiburan ke?

Comments

pizli said…
Hahahahah, aku faham sesangat. Tajuknya bukan-bukan lepas tu orang yang call pun lagi buat aku menyampah. Beli Mp3 player bro. Dengar lagu je.
eintan nurfuzie said…
HUHU..RADIO SKRG MMG CMTU..SYOK SENDIRI JE SEMUA..
P/S: THNKS INFO SAL HARGA KAD KAWEN TU
TIGA MINIT said…
pizli: dah ada beli pun..hahaha
eintan: semua nak naikkan rating je..jd mangsa pendengar..sama2 kalau dpt membantu

Popular Posts