Aku happy je..

Salam sejahtera semua.. dah dekat beberapa hari aku x update apa2 kat blog ni. Bukan malas tapi mcm2 jadi dlm bebarapa hari ni..apa yg dirancang sekian lama hilang x sampai beberapa saat. Dah nama dugaan hidup. Aku terasa syukur sgt walaupun diuji..sebab still aku rasa happy. Ada plak org2 disamping bagi sokongan buat aku lagi teruja teruskan perjuangan.

Mak abah selalu pesan...biar susah, biar sakit, biar hilang segalanya, yang penting jgn putus asa jgn sesekali lupa Tuhan...semua yang baik datang dariNYA dan padaNYA kita berserah.

Setiap ujian ada rahmatnya..dugaan diberi pada umat yg terpilih bukan suka2 diberi. Tuhan kenal ciptaannya sebaik habis dari kita kenal diri kita sendiri. Tu la yang makin kuat rasanya..senakal2 aku, selalai2 aku, Tuhan tetap sayang gak..insyallah. Alhamdulillah.

Harapan bila dah mcm ni aku x terus alfa la, sambil lewa je...sentiasa ingat ada lagi 'MAHA' dari segala maha kat dunia ni.

Pada mereka yang asyik terasa diri kurang dari org lain tu ingat satu benda je. Tiap2 org ada bahagian masing2 yang ditentukan...yang tinggal kita usaha dan berdoa je (kena ikhlas gak jgn harap balasan je k). Yang WAJIB tu pun jgn lupa buat...'dpt ke tak' tu bukan urusan kita.

Hidup kena ceria walaupun gundah...imbang antara dunia dan akhirat.  Aku disini sekadar ingat mengingatkan sesama kita...salam kemaafan dari aku kira ada yang  terasa atau marah.  Sesungguhnya aku pun x sempurna.


Comments

suhairy said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular Posts